IT ENTREPRENEURSHIP STUDENT JAN 2014

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Kami di On Cam Technology mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada
Tuan 
Nor Hashim Bin Abu Samah pensyarah kami untuk subjek IT Entrepreneurship kerana telah memberi kami ilmu yang tidak ternilai iaitu ilmu kehidupan dan juga perniagaan, kami mengucapkan ribuan terima kasih juga pada rakan-rakan kelas yang telah memilih kami sebagai Johan "Business Idea Competition", you rocks!!!, saya selaku CEO juga mengucapkan terima kasih juga pada COO, CMO, CTO, (Najjatul Huda), (Nadia), dan (Norsyazella) kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang pengajian, maaf sekiranya ada kesilapan, untuk Tuan Nor Hashim, halalkan ilmu yang diberi dan doakan yang terbaik untuk kami semua untuk meniti kehidupan yang mendatang, :)

Assalamualaikum.... 







Tugasan Individu Najjahul Huda Hassan (Pelan Perniagaan - Kedai Dobi)

Pelan Perniagaan Kedai Dobi (NIDA Laudry Enterprise)

1.0 PENGENALAN
NIDA Laudry Enterprise bakal di wujudkan disalah satu premis yang dianggarkan siap pada tahun 2007. Perniagaan yang berstatus milik tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat perniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian. Pemilik sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2006 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini, pemilik telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna tentang selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga pengurusan alat atau mesin yang telibat dalam perniagaan dobi. Perniagaan yang akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000 dan juga modal sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagan. NIDA LAUNDERY bercadang untuk membuka cawangan dalam jangka masa lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi perniagaan utama, sekiranya bertambah maju dan mendapat sambutan yang memuaskan.


Tugasan Kumpulan (8) Produk Penyelidikan

                             
Produk: PISOPTERA
PISOPTERA adalah umpan tiruan untuk menghapuskan anai-anai yang dihasilkan dari Empty Fruit Bunch (EFB ). EFB adalah bahan buangan Lignoselulosa dari kilang kelapa sawit. Ia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi bahan mentah semula jadi untuk umpan buatan Isoptera (anai-anai ). Konsep menggunakan bahan mentah untuk umpan tiruan ini telah diuji secara meluas. Walau bagaimanapun, ciptaan ini ditambah satu dimensi baru dalam penggunaan bahan yang digunakan. Ciptaan ini menggunakan sisa pepejal daripada kilang kelapa sawit selepas dirawat dengan larutan pisoptera sebagai umpan untuk menghapuskan anai-anai. Ia menggunakan teknik yang mesra alam dan satu penyelesaian yang sesuai untuk menangani isu-isu serangan anai-anai dan kerosakan di negara ini. EFB ini terdiri daripada 70% setengah - selulosa , 17% lignin dan 1% abu yang kaya dengan selulosa. Selulosa digunakan adalah kerana ia merupakan salah satu makanan anai-anai. Konsep menggunakan umpan tiruan adalah untuk menghapuskan seluruh koloni anai-anai.
Info lanjut sila Hubungi: Abdul Syukor bin Abdul Razak
Alamat:      Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang
Tel:            016 9211143
Emel: syukor@ump.edu.my

Produk:g-Brick
Pada masa kini, terdapat banyak jenis konkrit campuran baru dicipta seperti konkrit daripada tempurung kelapa sawit, kulit telur, getah; dan banyak lagi. Melalui inovasi ini, Spent Bleaching Earth (SBE) dan Red Gypsum (RG) telah digunakan untuk membuat bata hijau. SBE dan RG ini adalah merupakan sisa pepejal perindustrian yang dihasilkan oleh kilang penapis minyak sawit dan kilang membuat pigmen. Dengan g-Brick, ia boleh mengurangkan pembaziran SBE yang dihasilkan daripada industri minyak sayuran yang dianggarkan pada 330,000 tan setiap tahun di Malaysia sahaja. Demikian juga dengan RG, dengan kadar pengeluaran 340,000 tan setiap tahun, yang boleh membantu untuk mengurangkan pelupusan sisa di tapak pelupusan.
Info lanjut sila Hubungi:   Prof Dato' Dr. Rosli Mohd Yunus,
Alamat:   Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
                Universiti Malaysia Pahang
Tel:          095492920
Emel:        rmy@ump.edu.my

Tugasan Kumpulan (7) Produk Inovatif


Produk:  Deebot
Diskripsi:         
Ia adalah satu teknologi system pembersih kawalan jauh bagi menggantikan penyapu dan mop. Ia mempunyai satu set alat yang terdiri dari robot pembersih dan pengecas. Robot ini boleh disetkan masa dan tugasannya tanpa perlu pengguna mengawasinya. Ia menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Pengeluar: ECOVACS Robotics

Produk: Magic Wand Portable Scanner
Diskripsi:         
Sejenis alat pengimbas mudah alih yang dapat mengimbas imej, dokumen atau majalah samada yang berwarna atau monochrome. Menyimpan fail dalam format JPEG dan mengimbas sehingga 600x600 dpi resolusi. Memerlukan micro SD untuk menyimpan data.
Pengeluar: VuPoint Solutions Inc.


Powered by Blogger.