Tugasan Kumpulan (6) Produk Kreatif




Produk: Pemecah telur (EZ Egg Cracker)
Diskripsi:         
Mudah untuk memecahkan telur atau telur rebus dengan sekali tekan. Alat ini juga dapat mengasingkan telur kuning dengan telur putih dengan menggunakan separator yang disediakan. Ini amat pantas dan memudahkan tanpa mengotorkan tangan.

Produk: Pemegang Berus Gigi dan Ubat Gigi Automatik
Diskripsi:         
Pemegang automatik ini dapat menyimpan berus gigi dengan selamat tanpa terdedah kepada udara kerana mempunyai penutup. Tempat menyimpan ubat gigi pula mempunyai butang yang boleh ditekan untuk mengeluarkan ubat gigi dengan sekata dan menjimatkan penggunaannya.




 


Produk: Pengoreng telur serbaguna
(Multi-Purpose Egg Pop-up Cooker)
Diskripsi:         
Menggunakan teknologi yang mengabungkan system memasak tanpa lekat yang dilengkapi elemen revolusi pemanas. Mudah untuk digunakan dan dibersihkan. Cara untuk digunakan adalah dengan meletakkan sedikit minyak dan pecahkan satu atau 2 biji telur ke dalam alat ini dan dalam beberapa minit roll telur akan keluar secara automatik.


Produk: Skuter Mesra Alam
Diskripsi:
Direka oleh Waarmakers, skuter elektrik yang diberi nama "Be.e" ini dikatakan antara skuter paling mampan di dunia. Skuter elektrik dengan rekaan yang sangat menarik ini dibina sepenuhnya menggunakan bahan bio-komposit. Bahagian badannya diperbuat daripada flax dan bio-resin, manakala reka bentuknya yang seakan-akan bujur telur dan tidak menggunakan apa-apa kerangka ini membuatkannya lebih ringan dan teguh. Dikuasakan sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik, skuter ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat, seolah-olah seperti anda sedang mengayuh basikal.



Produk: Peluh Kitar Semula Yang Boleh Diminum,
Diskripsi:
Rasanya ramai di antara kita yang pernah tertelan peluh sendiri, tapi sanggupkah anda minum peluh anda seperti minum air kosong? Untuk menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan air bersih untuk diminum di seluruh dunia, UNICEF telah bekerjasama dengan Gothia Cup dan juga agensi kreatif dari Stockholm, Deportivo, untuk menghasilkan mesin peluh pertama di dunia. Mesin ini berfungsi untuk mengitar semula air peluh dari pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut, dan membersihkan peluh tersebut supaya ianya boleh diminum. Idea dan konsep ini memang agak menarik, tapi sanggup ke nak minum? Lepas ni selepas habis main bola boleh lah tanggal baju anda yang basah dengan peluh tu dan masukkan ke dalam mesin ini.



Produk: Kopi Joulies
Diskripsi: Kopi Joulies adalah ketulan besi berbentuk kacang yang akan menyejukkan kopi panas yang sedang meluap-luap panasnya ke suhu yang ‘menyenangkan’ dan kemudian mengekalkan suhu tersebut sekitar lima jam. Menarik bukan? Lebih mudah untuk anda, tidak perlu menunggu masa yang lama untuk kopi sejuk.Joulies berbentuk besar (lebih kurang 5cm panjang) ‘kopi keluli kacang tahan karat’ yang dipenuhi dengan “Bahan berasaskan Fasa Perubahan”. Bagaimana nak menyediakannya? Selepas anda membuat minuman panas, masukkan ke dalam air panas tersebut, 5 ketul Joulies dan kemudian ia akan menyejukkan air tersebut dengan lebih cepat. Ia juga akan melanjutkan masa minuman anda dan akan kekal panas atau pada suhu yang ‘menyenangkan’. Bahan Perubahan Fasa” yang direka bentuk untuk mencair dan menyerap tenaga berlebihan sehingga ia mencapai 140 ° F (Fahrenheit).Pada suhu ini, bahan mula untuk melepaskan tenaga yang tersimpan, sekali gus mengekalkan suhu kopi. Analoginya mungkin begini, ia seperti peluh cecair menyejat daripada kulit anda sebagai wap untuk menyejukkan anda.Sewaktu kopi panas, ia akan menyejukkan kopi itu dan sewaktu sejuk, ia akan memanaskannya.


Produk: Pengesan Logam
Pada ketika ini produk terbaru masih dalam proses pembikinan dan pengeluaran. Salah satu produk terbaru yang akan dikeluarkan dan masih dalam pengujian adalah alat pengesan logam jenis IB. Pengesan logam IB ini menggunakan sistem yang berbeza dengan jenis BB dan PI. Sistem yang digunakan hampir kepada sistem VLF. Ia menggunakan double coil pada piring pengesannya.


Produk:  Dark Sensor
Kali ini mengesahkan perihal alat yang diberi nama Dark Sensor atau Alat Pengesan Gelap.

Fungsinya apabila lengkap dipasang, ia menghidupkan lampu secara automatik apabila waktu malam dan mematikan lampu apabila waktu siang.  Prinsip yang mudah dengan beroperasi pada sensor cahaya yang terdapat pada alat tersebut. Pada pengalaman saya, jika sensor diset pada keadaan yang betul dan kedudukan sensor menghala sumber cahaya dengan betul, lampu akan padam bermula pada sekitar jam 7.15am hingga 7.35am. Manakala waktu lampu mula menyala antara jam 7.15pm hingga 7.25pm. Ia bergantung juga kepada beberapa faktor seperti yang dinyatakan tadi.



Produk:Mini Guitar Amplifier

Sesiapa yang pernah lihat alat ini mungkin tidak perlu untuk mendalami lagi fungsi sebenar alat yang diberi nama Mini Power Amplifier Fuzz Distortion. Pada mulanya saya sukar untuk menghasilkan alat ini kerana tidak memahami penggunaan dan keperluan untuk satu gitar elektrik. Atas bantuan rakan yang memiliki gitar elektrik, hasrat untuk menghasilkan alat ini berhasil. Setelah dibuat pengujian dan juga meneliti kelemahan yang terdapat pada alat ini sebelum boleh digunakan sepenuhnya membuatkan hasil yang sangat baik.



Jenis Produk :Zapper.
Satu alat yang sangat kontroversi. Alat yang berguna dipasang pada kenderaan seperti kereta. Ia berfungsi menghidupkan enjin kereta dengan sentuhan jari sahaja. Pembeli yang membeli alat ini perlu memasang alat ini sendiri atau mengupah orang yg mahir untuk memasangnya. Masalahnya di situ. Jadi saya tidak menjual alat ini sebagai menghormati hak penjualan oleh pihak lain. Namun alat saya ini mempunyai versi yg berbeza dari produk seumpamanya di pasaran.

Itu sahaja produk yang ada buat masa kini. Apa pun keputusan saya lebih mematuhi undang-undang dan hak pihak tertentu. Hanya dengan selepas ini produk baru lagi akan muncul. Besar kemungkinan adalah battery bank charger dan unit bekalan kuasa atau power supply. Kemungkinan juga produk lain yang lebih menarik juga akan dihasilkan seperti entiti sensor, penghalau binatang buas dan alatan pengintip.

Leave a Reply

Powered by Blogger.