Pelan
Perniagaan Kedai Dobi (NIDA Laudry Enterprise)
1.0 PENGENALAN
NIDA Laudry Enterprise bakal di
wujudkan disalah satu premis yang dianggarkan siap pada tahun 2007. Perniagaan
yang berstatus milik tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat perniaga
untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra menyumbang
kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan
dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian. Pemilik
sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2006
anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi
tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini,
pemilik telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna
tentang selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga
pengurusan alat atau mesin yang telibat dalam perniagaan dobi. Perniagaan yang
akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000
dan juga modal sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat
memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk
menjalankan perniagan. NIDA LAUNDERY bercadang untuk membuka cawangan dalam
jangka masa lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi
perniagaan utama, sekiranya bertambah maju dan mendapat sambutan yang
memuaskan.
2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk
membentangkan rancangan perniagaan ini dengan lebih terperinci yang
meliputi aspek pengurusan, pemasaran perkhidmatan dan juga kewangan
perniagaan kepada pihak MARA. Ini dapat memberikan gambaran yang jelas dan
menilai potensi perniagaan yang akan dijalankan. Pemilik
memohon pembiayaan sebanyak RM30,000 (Ringgit Malaysia tiga puluh
ribu sahaja), dimana sebanyak RM 13,000 (Ringgit Malaysia sepuluh
Ribu sahaja) adalah wang pemilik sendiri, jangka dapat
membantu perniagaan agar merealisasikan cadangan perniagaan dan
seterusnya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan kompetetif
dengan kehendak pasaran. Disamping itu, kertas kerja ini disediakan
bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta SLGKK
(Skim Latihan dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan) untuk
menamatkan program latihan galakan perniagaan. Tempoh pembiayaan
kewangan yang dipohon adalah selama satu tahun. Pembiayaan ini akan digunakan
untuk beberapa tujuan berikut: -
(1) Membeli aset tetap RM 25,500
(2) Modal pusingan. RM 4,500
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Perniagaan : NIDA LAUNDRY ENTERPRISE
Alamat Berdaftar : Bandar Nusa Idaman, Johor Bahru, Johor.
Alamat Operasi : -sama-
No. Daftar Perniagaan : Dalam proses
Tarikh Pendaftaran : Dalam proses
Tarikh Mula berniaga : 2007 (Jangkaan akan bermula)
Aktiviti Perniagaan : Milikan Tunggal
Modal Awal : RM 13,000
Nama Perniagaan : NIDA LAUNDRY ENTERPRISE
Alamat Berdaftar : Bandar Nusa Idaman, Johor Bahru, Johor.
Alamat Operasi : -sama-
No. Daftar Perniagaan : Dalam proses
Tarikh Pendaftaran : Dalam proses
Tarikh Mula berniaga : 2007 (Jangkaan akan bermula)
Aktiviti Perniagaan : Milikan Tunggal
Modal Awal : RM 13,000
Pemilik :
No. K/P :
No. K/P :
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK
Nama :
Jawatan :
Alamat tetap :
Alamat surat menyurat :
No. Telefon :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir :
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Pengalaman Kerja : PEMBANTU MAKMAL, Jabatan Kimia, Johor.
Kursus dihadiri:
Latihan Asas perniagaan Bil: 10/2006 pada
24hb hingga 28/4/06
Skim Latihan Dan Galakan Bagi
Kakitangan Kerajaan untuk mencebur dlm
Perniagaan 2006 pada 15hb. Mei -15hb. Sept.2006
Anjuran: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan MARA
Perniagaan 2006 pada 15hb. Mei -15hb. Sept.2006
Anjuran: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan MARA
5.0 SKOP PERNIAGAAN
5.1 Aktiviti Perniagaan
i) Cucian Kering
ii) Cucian basah
iii) Cuci karpet
5.2 Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada permerhatian
pemilik, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar
5% pada tahun pertama dan akan meningkat pada tahun berturutnya antara 10%
hingga 20% setahun. Melalui usaha yang yang berterusan khidmat yang ditawarkan
sentiasa dipastikan berada pada tahap kualiti yang tinggi. Lokasi kedai yang
terletak ditepi jalan merupakan kawasan yang strategic dan memberi kelebihan
kepada premis kerana pelanggan dapatmengunjungi dengan mudah.
5.3 Nusa Jaya yang temasuk
dalam pelan RMK 9 yang akan terlibat sama dalam projek menjadikan Johor Bahru
sebagai Bandar Metropolitan. Dengan ini Nusa Idaman juga akan menerima
tempiasnya pada amnya dan NIDA laundry khasnya.
6.0 RANCANGAN PENGURUSAN
6.1 Struktur Organisasi
Secara keseluruhannya struktur
organisasi adalah seperti berikut: -
Nota : Bahagian pemasaran, operasi,
pentadbiran dan kewangan akan diuruskan oleh pemilik sendiri.
6.2 Fungsi dan
Tanggungjawab
NIDA LAUNDRY telah menyusun fungsi
dantanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -
6.2.1 Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di
dalam segala aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu juga bertindak
melaraskan pengurusan dan operasi perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas
memastikan pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah ditetapkan
atau SOP.
6.2.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti
Pengurus pemasaran peranan utamanya
ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di
hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk
yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.
6.2.2 Pengurus Kewangan dan
Pentadbiran
Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi
urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi.
Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal
kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi
operasipendobian dan menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.
6.2.3 Bidang Tugas Pekerja
Bertanggungjawab memastikan
kebersihan dan keselamatan kedai dengan menjalankan tugas secara bijaksana,
cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan
supaya perniagaan ini akan berkembang maju.
6.3 Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja
untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah.
6.4 Belanja Pengurusan
Bagi pengurusan,perniagaan ini
menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti
perniagaannya adalah seperti Jadual 2 di bawah.
6.5 Strategi Pengurusan
Operasi perniagaan dan juga
kakitangan amat mustahak di dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu perniaga
telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti: -
6.5.1 Memberi bimbingan kepada
pekerja supaya dapat mewujudkan pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi.
6.5.2 Ada hubungan yang baik diantara
majikan dan pekerja dan semangat kerjasama untuk faedah bersama untuk menghasilkan
kerja yang lebih efisyen dan berdaya maju.
6.5.3 Memberi bonus berbentuk wang
kepada pekerja setiap tahun jika mendapat keuntungan.
6.5.4 Menjaga kebajikan pekerja,
seperti sakit, kematian dan masalah keluarga.
7.0 RANCANGAN TEKNIKAL / PERKHIDMATAN
7.1 Lokasi Premis
Bangunan : Rumah kedai 2 tingkat
Luas lantai : 22 X 75
Buatan : Konkrit
Taraf Bangunan : Perniagaan
Hak Milik : Bebas
Nama Pemilik : Badarudin bin A.Wahab
Kos sewa : RM 2,000.00
Kedudukan tapak : Lot 138187,Nusa
Idaman, Nusa Jaya,Johor Bahru.
7.2 Kemudahan Asas Premis
Premis ini terletak di kawasan
perumahan. Pada kebiasaannya, setiap premis yang terletak di taman perumahan,
kemudahan-kemudahan asas seperti telefon, air dan elektrik akan disediakan.
7.3 Mesin dan Peralatan
yang Diperlukan
Aset tetap dan peralatan yang
diperlukan melalui pembiayaan ini adalah seperti jadual di bawah.
7.4 Kelengkapan Yang
Diperlukan
Melalui pembiyaan kewangan yang
dipohon peniaga memerlukan kelengkapan premis seperti di bawah:-
7.5 Senarai Pembekal
7.6 Carta Aliran Proses
Kerja
7.7 Anggaran Pendapatan
Bulanan
Anggaran yang disediakan di bawah
adalah meliputi semua perkhidmatan yang diperolehi melalui proses perkhidmatan
cucian seperti berikut:-
7.8 Cucian biasa
7.9 Strategi Perkhidmatan
Di antara strategi perkhimatan yang
telah diatur oleh NIDA LAUNDY adalah saperti berikut:
7.9.1 Menghasilkan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan sebagai
panduan untuk meningkatan lagi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini.
7.9.2 Menerima kerja mengikut
keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja untuk menjaga kualiti dan memastikan
pelanggan menerima penghantaran pakaian mengikut jadual yang di tetapkan serta
dengan harga yang berpatutan.
8.0 PEMASARAN
8.1 Senarai harga bagi
perkhidmatan
8.1.1 Perkhidmatan Cucian Biasa
8.1.2 Perkhidmatan Menggosok
8.1.3 Perkhidmatan Cucian kering
8.1.4 Karpet
Nota: Senarai harga perkhidmatan
sepenuhnya ada dipamerkan di premis.
8.2 Kumpulan sasaran
8.2.1 Penduduk setempat
8.2.2 Pekerja kilang
8.3 Pasaran
8.3.1 Meliputi taman perumahan :
1. Nusa Idaman
2. Taman Bukit Indah
8.3.2 Kilang di sekitar Nusa Jaya.
8.3.3 Hospital swasta di sekitar Nusa
Jaya
8.3.4 “Walk in“ pelanggan yang menyewa
apartment hotel dan Chalet
8.4 Saiz Pasaran
Nusa Idaman dan Taman Bukit Indah
terdapat melebihi 4,000 unit rumah. 70% daripada jumlah rumah kediaman, adalah
merupakan rumah kos sederhana keatas. Jika dikira hitung panjang sebuah rumah 5
orang jadi penduduknya lebih kurang 20,000. Jika 2000 (10%) orang menggunakan
khidmat dobi pada permulaan saiz pasaran dapat dijangkakan saperti berikut: -
8.5 Pesaing
Tiada pesaing pada masa sekarang dan
pesaing paling hampir di Taman Perling dan Gelang Patah yang jauhnya lebih kurang
5 km.
8.6 Syer Pasaran
Daripada saiz pasaran berjumlah RM
1,200,000 setahun, syer pasaran dianggarkan seperti berikut:-
8.7 Strategi Pemasaran
8.7.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan
oleh NIDA Laundry bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah: -
1. Memberikan khidmat yang lebih
cekap ,pantas dan tepat.
2. Memberikan profil perniagaan
kepada semua pelanggan.
3. Mengedarkan pamplet dan broser.
4. Mengekalkan hubungan peribadi yang
baik dengan pelanggan.
8.7.2 Lokasi
Lokasinya yang terletak di tepi jalan
besar merupakan lokasi yang strategik bagi pelanggan untuk singgah serta
menghantar dan mengambil pakaian. Antara laluan yang utama bagi
penduduk-penduduk di taman berhampiran untuk menuju ke Johor Bahru.
8.5.3 Harga
Penetapan harga yang ditawarkan
mengikut kadar pasaran biasa yang ditetapkan pesaing-pesaing yang lain.
9.0 ASPEK KEWANGAN
9.1 Kos Pelaburan Projek
9.2 Anggaran Aliran Tunai
Dan Penyata Kewangan.
Oleh kerana premis ini merupakan
sebuah perniagaan yang baru, maka anggaran penyata kewangan yang dibentangkan
ini mengambil kira perkara-perkara yang berikut: -
9.2.1 Pembiayaan diperoleh dahulu
sebelum kapasiti dapat ditingkatkan.
9.2.2 Anggaran Aliran Tunai dan
Prestasi Kewangan disedikan selama 3 tahun selepas pembiayaan.
9.2.3 Belian daripada pembekal dibuat
secara tunai atau bayaran tertundakurang 1 bulan.
9.2.4 Penyediaan Anggaran Penyataan
Pendapatan mengambil kira susut nilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut peratus
susut nilai seperti berikut:-
~ Kelengkapan Pejabat – 10%
~ Aset Tetap – 20 %
~ Ubahsuai – 10%
10.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP
Berdasar kepada perancangan dan
unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniagaan amat berkeyakinan bahawa
perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan.
Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan
adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di
peringkat awal.
Peniaga telah membuat kajian dan
perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.
Oleh yang demikian, perniagaan NIDA LAUNDRY amat optimis, yang perniagaan ini
amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan.
Diharap permohonan ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi kewangan, kerana melalui cara
ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. NIDA LAUNDRY amat berharap ia
diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini.

















