1. Tony Fernandez. (Air Asia)
-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TonyFernandesTokohPerniagaanTerbaik2010Forbes/Article/
2. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh (Sani Express)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm'
3. Tan Sri Dato Loh Boon Siew (Boon Siew Honda)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_01.htm
4. Dato Ahmad Kemin (Mutiara Motors)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
5. Syed Azhar Syed Nadzir (Elang Wah Sdn Bhd)
http://www.nst.com.my/streets/central/bus-operator-readies-to-take-on-board-360-000-tourists-1.312356
6. Hj Said - Penyedia Khidmat Pengangkutan terbesar di Melaka
7. Tan sri sm Nasimuddin
Rujukan
: http://www.utusan.com.my
8. Wahi Abd Rashid
Wahi Abd Rashid merupakan lulusan Sarjana
Sains Sekitaran dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau merupakan Pengarah syarikat Green
Matrix Enterprise dan pengasas kepada laman web
www.car-rental-bintulu.com. Menerusi kelancaran
akaun semasa miliknya, beliau senang mendapat pinjaman yang mencecah jutaan
ringgit. Empayar perniagaan kereta sewa beliau kini pesat berkembang dengan 38
buah kereta. Pendapatan sampingan beliau turut memberangsangkan dengan jumlah
pendapatan 6 angka dalam setahun.
Rujukan : http://www.bookplanet.com.my
9. Hj Said - Penyedia Khidmat Pengangkutan terbesar di Melaka
“Asalnya beliau
hanya seorang budak kampung yang bekerja sebagai seorang kelindan lori. Kerja
beliau adalah membantu pemandu untuk memunggah barang-barang yang dibawa oleh
lori. Tetapi, kerana belaiu bercita-cita mempunyai pendapatan yang lebih baik,
beliau mendapatkan lesen sebagai
seorang pe pemandu lori.
Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.
Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan. Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau.
Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?
Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.
seorang pe pemandu lori.
Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.
Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan. Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau.
Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?
Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.
Petikan dipetik dari laman web : http://www.majalahniaga.com/mindset-seorang-usahawan.html
10. Iskandariah Md. Yaakub (Persatuan Beca Warisan
Negeri Melaka)
SELAIN perwatakan mesra dan peramah si pengayuh, keunikan hiasan
dan reka bentuk yang ditampilkan oleh sesebuah beca memainkan peranan penting
bahkan mempengaruhi pulangan pendapatan yang diperolehi pemiliknya.
Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan daya tarikan yang sama
menjadi kunci kejayaan pengusaha beca di Melaka dan Pulau Pinang berbanding di
negeri-negeri lain.
Ahli Persatuan Beca Warisan Negeri Melaka, Iskandariah
Md. Yaakub berkata, cabaran untuk memiliki sebuah beca berhias
bagaimanapun memerlukan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah RM5,000
hingga RM7,000.
"Walaupun nampak ringkas sebuah beca kosong kini dijual pada
harga tidak kurang daripada RM3,000 manakala kos untuk hiasan pula boleh
mencecah belanja sehingga lebih RM2,000.
"Untuk mendapatkan sebuah beca yang masih beroperasi dengan
baik juga bukan senang sebab sambutan terhadap beca-beca terpakai juga sangat
tinggi," katanya kepada S2, baru-baru ini.
Beliau berkata, sebagai 'duta kecil' pelancongan negeri, golongan
pengayuh beca perlu menampilkan kenderaan mereka dengan persembahan 'kosmetik'
yang terbaik.
"Kita tidak boleh berada di takuk lama dalam perkhidmatan
ini. Tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata.
"Pelaburan untuk menghias perlu bagi menarik minat pelancong
menggunakan perkhidmatan kita,'' katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun
mengayuh beca di Banda Hilir, Melaka.
Sebagai tukang hias beca-beca milik persatuannya, Iskandariah
berkata, proses menghias beca biasanya memakan masa selama seminggu bergantung
kepada reka bentuk yang dikehendaki pemiliknya.
"Hiasan pada sesebuah beca bermula dengan kerja-kerja
pendawaian untuk pemasangan radio dan lampu hiasan.
"Selepas itu kita gunakan rotan untuk membuat tempat letak
kalungan bunga. Sebuah beca yang dihias penuh boleh mencecah berat sehingga 100
kilogram,'' katanya.
Menurut Iskandariah, idea menggunakan beca berhias dan berpayung
timbul selepas persatuannya menyertai perarakan malam Citrawarna kira-kira lima
tahun lalu.
"Dulu kita hias beca setahun sekali sahaja untuk pertandingan
dan majlis orang kenamaan tapi sekarang beca kita berhias setiap hari kerana
itu yang pelancong suka,'' katanya.
Beliau berkata, kenangan paling manis sepanjang pengalamannya
menghias beca adalah apabila beca miliknya terpilih menjadi kenderaan untuk
membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan kerja beliau
ke Melaka pada 9 Mac lalu.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20130511/pl_04/Hiasan-cecah-ribuan-ringgit#ixzz2xuKbaHwI
© Utusan Melayu (M) Bhd










