Nama : Dato Hj. Ramli Mokni
Produk RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra
yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging
lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY. Diasaskan pada tahun 1984
dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Moknidan Datin Hajjah
Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk
mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
u, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, peng
eluaran hinggalah kepemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu un
ggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa. Kisah dan Pengalaman
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan
mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut
diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah
dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai
cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta
kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai
menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300
keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini
mencatat RM100 juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah
pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku
yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan
daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di
negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliauadalah seorang yang bijak merebut
peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau
tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan
juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya


